Saturday, March 03, 2007

-............-

people say that honesty is the best policy, but obviously truth hurts. oh well, pegi mampos la sama orang yang kisah. klise babi. tapi aku bukan nak kutuk orang hari ini. nak luahkan isi hati aku je. yang selama ni terpendam, terbuku dalam hati aku. tak berani nak keluarkan. thank you illya, I owe you another one.

ninie, kalau kau tergerak hati nak baca blog ni, aku nak minta maaf banyak-banyak sebab call kau tak tentu pasal, ikut suka aku. cam kacau kau. tapi kaulah bagi balik ketenangan jiwa dan aku memang ada tekanan jiwa. hehe. secara jujur, kaulah antara kawan yang memang baik, dan aku harap kau dapat cari kebahagiaan hidup, dan jangan putus asa mencari cinta. kb will come to his senses soon. thanks. i owe you too. big.

yana, minta maaf banyak-banyak, sebab aku pun asyik call kau, tanya benda mengarut-ngarut. sebab bosan. tak ada sebab lain. terima kasih, ceria-ceria je walaupun banyak benda kau lalui, lagi teruk dari hidup aku sendiri. itu yang aku susah nak percaya kadang-kadang. kau dah terluka, tapi masih lagi tabah. tak tunjuk pun sedih.

yaya, minta maaf. banyak bullshit ngan kau. aku memang keterlaluan, bukan kadang-kadang, tapi selalu. maaf sebab buatkan ko tinggal sembahyang. maaf tak sengaja, dalam LRT tu. aku pun terkejut, kau tiba-tiba tegur aku. aku tak perasan waktu tu. forgive me. terima kasih temankan aku, masa kau ade benda yang penting. terima kasih sebab tak buat aku rasa janggal; awkward depan orang yang aku tak kenal. terima kasih sebab ambilkan tiket tu, walaupun kau tak dapat pergi. terima kasih sebab banyak bersabar, kacau kau di ofis, time kau kerja. aku mnta maaf kalau aku ada bagi susah pada kau. terima kasih sebab apa yang kau cakap semalam bagi aku fikir, bagi aku sedih, bagi aku sedih. tak pernah aku rasa sedih macam tu. mungkin emo, tapi lelaki pun kadang-kadang kena nangis jugak. aku nangis. terima kasih sebab jujur beritahu aku pasalbenda yang aku dah sepatutnya tahu.

fieza,.... aku minta maaf sebab tak berani beritahu kau benda yang aku simpan dari hari pertama yang aku sedar yang aku suka kau, dan orang lain tahu. terima kasih sebab marah aku masa darjah lima, dalam kelas pn, choo. minta maaf sebab aku buat dia marah dan tinggalkan kelas macam tu saja. minta maaf sebab aku buat lawak bodoh dalam mcdonalds hari tu. rasa aku pulak yang bodoh. aku tak boleh paksa orang nak suka aku.

ayah, minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji; sembahyang, belajar, malas, dengan kawan-kawan... dan minta maaf sebab ayee hisap rokok. menyesal sangat. terima kasih atas semua yang ayah dah buat, bagi nasihat, dan dorongan.

ibu, ayee minta maaf banyak-banyak. kecilkan hati ibu, buat ibu sakit hati, hisap rokok, tak dengar cakap, kurang ajar. ayee memang tak kenang jasa. dah banyak ayee buat tak ikut kata ibu. tapi terima kasih sebab bersabar denagn ayee sejak dalam kandungan, sampai sekarang. kalau ibu tida siapalah ayee. terima kasih, atas semua tanggungan ibu, susah payah,nasihat dan marahan ibu. terima kasih.

2 comments:

Habib said...

Update la monyet!

YEN said...

oit..drp ko call org len, baik ko call aku wahahaha.